hover animation preload

Macalin Versi 0.4 Released
by Student.Deyyi in


Mac4lin adalah pakej desktop tema bagi gnome (ubuntu etc) dan antara yang paling lengkap, paling popular, paling cun, yang mesti dimiliki ,diaplikasikan ke dalam desktop ubuntu khususnya kepada Mac fan-boys seantero buana.Bukti kepada kenyataan diatas ialah, sehingga ke hari ini Mac4lin telah mencapai 2.6 TB (TeraBytes) data transfer yang dimuat turun oleh pengguna gnome dan kde desktop environment yang sudah pastinya memberi gambaran kepada kita betapa ramainya peminat Mac OSX diluar sana.

Versi 0.4 telah dikeluarkan semalam dan seperti yang dapat anda lihat dalam image diatas merupakan rupa bentuk tema Mac4lin yang telah diaplikasikan dalam desktop ubuntu saya.Saya telah menulis beberapa tutorial sebelum ini tentang bagaimana untuk mengubah tema ubuntu.Untuk rujukan sila ke link-link berikut;
Jika masih belum faham, sila klik ke laman ini.Dan jika masih tak faham juga, boleh panggil saya dan saya akan buatkan ke semua itu dengan harga RM50.Amacam?:P

Versi 0.4 ini berserta dengan beberapa perubahan yang agak ketara.Walaupun pada asasnya kelihatan seakan agak leopardish, namun sebenarnya terdapat perubahan yang agak berbeza dari leopard yang sebenar.Antara perubahan tersebut ialah;
-Gnome ikon
menu ikon telah ditukar dari ikon apple kepada ubuntu, ikon baru bagi weather dan folder dan banyak lagi
-butang forward dan back yang baru dan lebih kemas
-warna tetingkap yang lebih lembut
-rounder address bar bagi nautilus

dan lain-lain lagi..

Screenshot : 800x600

0 komentar:

Posting Komentar

Cari Blog Ini