hover animation preload

Reinstall GRUB Loader
by Student.Deyyi in


Persoalan yang bermain difikiran saya sejak mengenali kewujudan Mac OSX ialah, bolehkah Mac OSX diinstall ke dalam PC biasa? Jawapan yang saya boleh bagi sekarang ialah, Mac OSX TIDAK boleh diinstall ke dalam PC biasa secara normal.Beerti, jika kita pergi ke Apple Store etc dan membeli Mac OSX Tiger/Leopard CD/DVD dan pulang kerumah, masukkan kedalam CD/DVD drive, ianya tidak boleh diinstall sebagaimana kita menginstall Windows/Ubuntu.


Apabila Apple mula menggunakan Intel architecture sebagai hardware bagi Mac OSX mereka, terbitlah berbagai idea untuk merealisasikan satu kerja mustahil iaitu install Mac OSX ke dalam PC biasa yang menggunakan Intel Processor dan AMD Processor.Sehingga artikel ini ditulis, "kerja mustahil" yang saya maksudkan tadi tidak lagi menjadi mustahil malah ianya telahpun dibuktikan berjaya oleh ramai pengguna PC termasuk diri saya sendiri.


Website OSx86 Project pula telah dibina untuk memberi panduan, membicangkan, memberi maklumat supaya pengguna PC dapat menginstall Mac OSX ke dalam komputer mereka dengan jayanya.Jika sekarang ini orang bertanya, adakah perlu untuk membeli Apple Hardware untuk install Mac OSX? Jawapannya tidak perlu!Mungkin ramai yang maklum bahawa, Apple bukan menjual software sebagaimana Microsoft, tetapi menjadi Hardware yang disertakan dengan OSX.

Bagaimana saya melakukannya?

Saya antara orang yang telah berjaya install Mac OSX 10.4.7(Tiger) kedalam laptop saya selepas 5x atau lebih mengulangi kegagalan.Kegagalan pertama telah menyebabkan saya terpaksa reformat keseluruhan Harddisk(delete seluruh OS dan data didalamnya-saya sempat backup data mengguna ubuntu live cd).Kegagalan kedua menyebabkan Mac OSX crashed semasa proses booting.Sebab utama mengapa saya gagal ialah kerana saya hanya berpandukan kepada instinct dan method try and fail.Saya berjaya setelah membuat sedikit research berkenaan hardware laptop yang saya gunakan.Oleh kerana saya telah delete windows dari laptop, tidak mudah untuk melakukan semua itu.



Berkenaan dengan DVD installer, saya telah mendownloadnya dari torrent dan anda dapat mencarinya dengan menaip keyword "OSx86 10.4.x torrent" melalui google.Biasanya setiap versi (x=1,2,3...11) mempunyai cara install yang hampir sama tetapi saya mengambil keputusan untuk tidak menghuraikannya disini.Kita perlu format partition yang ingin kita gunakan untuk Mac OSx86 ini kepada FAT32 dan sila bertanya kepada google untuk maklumat lanjut.


Jika ada masalah, inginkan rujukan, bantuan dan sebagainya, sila ke forum InsanelyMac dan disitu kita boleh merujuk berkenaan masalah kita tentang Mac OSx86.

Masalah

Namun tidak semudah itu untuk menjadikan Hackintosh(Mac yang di hack) kita ini full working system.2 masalah besar yang sedang saya hadapi(atau sedang saya sedari) ialah tidak boleh connect internet dan tiada sound!Saya rasa tampa kedua-dua fungsi ini, apalah ertinya sebuah komputer? Saya sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini dan berharap agar dapat menyelesaikannya sedikit masa lagi dengan pertolongan forum InsanelyMac.

NOTE:Nantikan entry yang akan datang, jika tiada aral melintang saya akan tunjukkan video bagaimana mac osx didalam laptop saya beroperasi :)




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

14 December 2007

Bagaimana untuk reinstall GRUB Loader

Saya tidak pasti adakah pembaca akan benar-benar faham jika saya huraikan apa itu "GRUB Loader" dalam bentuk perkataan dan ayat.Tetapi, saya yakin gambar dibawah ini akan memberitahu segalanya tentang GRUB Loader ini kepada pembaca biarpun saya tidak menerangkan apa-apa.


Dalam beberapa kes, kadang-kala GRUB Loader ini gagal dicapai dan disaat itu kita tidak boleh lagi membuat pilihan untuk boot kedalam windows ataupun ubuntu.Antara kes tersebut ialah;

1.Install windows xp selepas install Ubuntu (Dengan kata lain, dual boot xp dengan ubuntu installed 1st)
2.Berlaku kerosakan sistem luar jangka (saya tak pernah alami)

Dalam kes ke2, saya "hanya" mengandaikan ianya berlaku kerana saya tiada pengalaman.Namun dalam kes1, ianya benar-benar telah berlaku kepada saya.Untuk catatan pembaca yang mengikuti perkembangan blog ini,semalam saya telah uninstall/Delete windows vista daripada laptop saya.

Apabila GRUB Loader gagal dicapai dan pengguna komputer gagal untuk boot kedalam ubuntu/windows/etc, perkara pertama yang difikirkan ialah CD Ubuntu Installer (.iso yg diburn/yang diperolehi drp syarikat canonical melalui pesanan).Sila boot kedalam live cd(seperti mula-mula nak install ubuntu).

Bagi kes1(bagi masalah diluar kes ini, abaikan bahagian ini)
>Buka terminal dan taip

sudo gparted
>software gparted akan run dan kita dapat melihat partition-partition yang boleh dikenali jenisnya.Antaranya ialah ext2/ext3(linux-ubuntu,fedora etc), ntfs(windows), hfs+(mac), atau juga unallocated.

>select pada partition windows > right click > manage flags


>UNTICK pada "boot"

>Select partition ubuntu > right click > manage flags > TICK pada "boot"


NOTE:Mungkin software gparted ini akan crash setiap kali proses ini berlangsung.Jangan risau.Jika crash, restart kembali gparted.



Proses Reinstall GRUB
Buka terminal dan taip
sudo grub
(Command ini akan run aplikasi grub)
find /boot/grub/stage1
(command ini akan search GRUB yang telah diinstall-bagi kes1 grub sbenarnya tidak hilang tetapi peranan itu telah diambil alih oleh winxp)
>Dan (spt dalam gambar) hd(0,0) akan keluar.Bagi setiap kes berbeza nilai ini akan berubah-boleh jadi hd(0,1), hd(0,2) etc.
Taipkan
root (hd0,0)
Jika diatas keluar (hd0,0)
root (hd0,2)
Jika diatas keluar (hd0,2) dan seterusnya...
>Kemudian taipkan
setup (hd0)


>Selesai.Restart PC!

0 komentar:

Posting Komentar

Cari Blog Ini